Connect with us

Oh! Media

Pengguna Whatsapp Dah Boleh Hantar Foto Pada Resolusi Tinggi

40b3c6a3 1b1b 44d2 bc0d e5eee73e2614

Oh! Tech

Pengguna Whatsapp Dah Boleh Hantar Foto Pada Resolusi Tinggi

Whatsapp merupakan aplikasi permesejan yang paling popular ketika ini sudah mempunyai ciri baru dimana korang dah boleh menghantar gambar pada resolusi tinggi tau. Pergh! Mesti ramai yang excited sebab sebelum ni, nak hantar gambar je mesti guna Telegram dan sebagainya kan?

BACA : Whatsapp Perkenal Fungsi ‘View Once’, Foto Dan Video Boleh Dilihat Sekali Je

Menurut laporan Fuzz.my, fungsi ini hanya berada di fasa pembangunan pada bulan lalu dan kini, semua pengguna dah boleh menggunakannya. Ianya boleh ditetapkan secara auto atau korang boleh aktifkan sekiranya ingin menggunakannya.

IKLAN

Terdapat tiga pilihan yang diberikan kepada pengguna iaitu Auto, Best Quality dan juga Data Saver. Cara untuk korang aktifkan fungi ini sangatlah mudah. Mula-mula, buka aplikasi whatsapp dan pergi ke bahagian Setting. Kemudian, pilih Storage and Data dan pergi ke Media Upload Quality.

De6c1de6 145f 4ef8 9541 af3be524b5c0

Bagi sesiapa yang menantikan fungi ini pada aplikasi whatsapp, pergilah update sekarang. Sebelum ini, whatsapp juga telah menambah satu fungsi baru iaitu View Once dimana korang boleh menghantar imej ataupun video kepada penerima yang hanya boleh dilihat sekali saja. Kan lebih privacy tu!

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas