Connect with us

Oh! Media

elon musk

Oh! Geekz

Pemilik Twitter Elon Musk Disaman Bekas Pekerja Sebanyak AS$500 Juta

Baru-baru ini, pemilik syarikat Twitter, Elon Musk difailkan saman oleh bekas pekerjanya atas penafian untuk membayar sekurang-kurangnya AS$500 juta dalam pakej pemecatan.

Perintah itu mengarahkan defendan supaya mengemukakan syarat pemecatan penuh mengikut rancangannya kepada semua pekerja yang ditamatkan perkhidmatan dari tarikh pengambilalihan syarikat oleh Musk sehingga setahun dari tarikh penghakiman.

Jumlah yang tidak kurang daripada AS$500 juta, selain faedah prapenghakiman dan selepas penghakiman pada kadar maksimum mengikut undang-undang.

elon musk

IKLAN

Dalam pada itu, Courtney McMillian, pekerja di jabatan sumber manusia Twitter yang telah memfailkan aduan di mahkamah Daerah Utara California merupakan plaintif utama dalam kes itu.

Sebelum ini, pada hujung Oktober 2022, Musk memperoleh sebanyak AS$44 bilion ke atas Twitter iaitu sebuah syarikat Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada 2006 dan beribu pejabat di San Francisco, California.

Malah, Musk turut mengubah operasi harian syarikat itu termasuklah memecat eksekutif yang bertanggungjawab ke atas privasi platform, keselamatan siber dan penapisan, selain kira-kira dua pertiga pekerja.

BACA: 80% Kakitangan Twitter Dipecat Elon Musk

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Hai semua! Saya penulis separuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu trending dan hiburan.

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas