Connect with us

Oh! Media

Pandang Pertama Samsung Galaxy Z Flip3 5G. Ini Apa Yang Buat Kami Jatuh Cinta…

Cover Review Flip3 (Oh! Media)

Oh! Tech

Pandang Pertama Samsung Galaxy Z Flip3 5G. Ini Apa Yang Buat Kami Jatuh Cinta…

Baru-baru ni Samsung telah melancarkan 2 model peranti pintar boleh lipat terbarunya, Galaxy Z Fold3 dan juga Galaxy Z Flip3.

ADVERTISEMENT

Oh! Media telah diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan peranti boleh lipat Galaxy Z Flip3 5G. Mari kami kongsikan pandang pertama kami terhadap Z Flip3 ni.

Reka bentuk & warna yang ikonik

Samsung Galaxy Z Flip3 unboxing (dalam box)

Sejak Samsung Unboxing pada bulan Ogos yang lalu, Z Flip3 ni dah berada dalam radar kami. Lebih-lebih lagi, apabila Samsung mengumumkan penambahbaikan kualiti peranti boleh lipat ini untuk lebih tahan lasak.

Menawarkan pilihan warna yang menarik seperti krim, hijau, lavendar, dan phantom. Anda juga boleh mendapatkan pilihan warna eksklusif seperti merah jambu, kelabu dan putih di laman web Samsung.

Kami bertuah diberikan peranti berwarna lavendar. First time pegang apa yang kami rasa mestilah teruja dan kagum sebab telefon boleh lipat weyh!

Memandangkan Samsung tidak lagi menyediakan pengecas untuk rangkaian flagshipnya, pengguna hanya akan dibekalkan dengan wayar penyambung Type C dan injection pin.

Samsung Galaxy Z Flip3 unboxing (lipat & buka)
Samsung Galaxy Z Flip3 unboxing (lipat & buka)

Sama seperti Galazy Z Flip sebelum ini, Z Flip3 hadir dengan skrin 6.7 inci. Tapi, apa yang membezakannya ialah skrin hadapan(cover) yang mempunyai keluasan 1.9 inci berbanding 1.1 inci sebelum ini.

Lebih menarik, paparan widget pada skrin dibahagian hadapan juga boleh diubah mengikut citarasa dan tetapan yang diinginkan (kami akan tunjuk pada artikel akan datang).

Ini menjadikan pemilik Flip3 satu rasa yang lebih eksklusif dan bebas bereksperimentasi dengan peranti mereka.

Selesa dipegang dan lekukan yang tidak mengganggu

Lekukan Galaxy Z Flip3

Perkara pertama yang menjadi persoalan kami, ‘tak rasa pelik ke ada kesan lipatan?’

Jujur selepas menggunakan Flip3 ni lebih daripada seminggu. Kesan lipatan tu langsung tidak mengganggu, cuma anda masih boleh rasa lekukan apabila menatal telefon.

Selain tu, fungsi free stop angle membantu menyokong bukaan telefon dari pelbagai sudut. Jadi lepas ni nak tengok video atau nak ambil gambar tak perlu nak sandarkan telefon pintar anda.

Hanya lipat separuh dan anda bebas untuk flex dengan Galaxy Z Flip3.

Berbanding peranti Z Flip sebelum ini, Z Flip3 mempunyai kadar segar semula 120Hz yang memberikan kelebihan menggunakan telefon pintar dengan lebih pantas tanpa masalah lagging.

Malah audionya turut dipertingkat kepada stereo speakers, Dolby Atmos. Nak dengar lagu lepas ni, dah boleh rasa macam dekat konsert.

Galaxy Z Flip3 lebih tahan lasak.

Seperti yang kami beritahu pada awal tadi, Samsung telah  melakukan penambahbaikan pada telefon boleh lipat Z Flip3 dengan Armor Aluminium, iaitu aluminium terkuat yang pernah digunakan pada telefon pintar Galaxy berserta Corning® Gorilla® Glass Victus™ yang paling utuh untuk melindunginya daripada calar jika terjatuh tanpa sengaja serta fungsi rintang air, IPX8.

Dengan filem pelindung diperbuat daripada PET yang boleh regang dan lapisan panel paparan yang dioptimumkan, ia menjadikan skrin utama Z Flip3 80 peratus tahan lebih lama berbanding peranti sebelumya.

Samsung Galaxy Flip3 5G

Samsung Flip3 5G dijual bermula pada harga RM3,999 untuk 128GB. Bagi kami dengan penambaikan yang dilakukan Samsung dan penurunan harga yang dilaksanakan (setanding harga telefon pintar flagship lain di pasaran).

Samsung Galaxy Flip3 ni berbaloi untuk dimiliki. Untuk mengetahui lebih banyak ciri dan fungsi Flip3 ni. Kami akan kongsikan pada artikel yang akan datang.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Samsung yang lain dan cara membuat tempahan anda boleh klik di SINI.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas