Connect with us

Oh! Media

OnePlus 10 Pro Akan Lancar Pada 31 Mac Ini, Dijana Dengan Cipset Snapdragon 8 Gen 1

Oh! Tech

OnePlus 10 Pro Akan Lancar Pada 31 Mac Ini, Dijana Dengan Cipset Snapdragon 8 Gen 1

OnePlus merupakan salah satu jenama telefon pintar yang mempunyai peminatnya tersendiri kerana harganya yang berbaloi dengan spesifikasi yang ditawarkan.

ADVERTISEMENT

BACA : Telefon Pintar Jenama ‘Nothing’ Akan Lancar Tak Lama Lagi?

Untuk pengetahuan, jenama itu akan melancarkan telefon pintar terbarunya tak lama lagi di peringkat global iaitu OnePlus 10 Pro pada 31 Mac nanti.

OnePlus 10 Pro ini didatangkan dengan skrin sebesar 6.7 inci jenis AMOLED yang menyokong sehingga 120Hz refresh rate. Untuk cip pemprosesan, ia dikuasakan dengan cipset Snapdragon 8 Gen 1.

Untuk memori pula, ia hadir dengan RAM sebesar 12GB dan storan dalaman sebesar 256GB. Baterinya berkapasiti 5,000mAh yang mampu menyokong sehingga 80w pengecasan pantas menggunakan USB Type-C.

Untuk kamera utama, ia dilengkapi dengan 48 megapixel sensor utama + 8 megapixel telefoto + 50 megapixel ultra-lebar. Untuk kamera depan pula hadir dengan 32 megapixel. 

OnePlus 10 Pro ini didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu hijau, hitam dan putih. Korang yang minat tu mesti nak tahu harga kan? Sama-samalah kita tunggu sehingga ia diumumkan nanti.

Kredit: engadget

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas