Connect with us

Oh! Media

Mark Zuckerberg Rancang Umum Nama Baharu Syarikat Gantikan Facebook

mark zuckerberg

Oh! Tech

Mark Zuckerberg Rancang Umum Nama Baharu Syarikat Gantikan Facebook

Sebelum ini kecoh satu dunia selepas aplikasi Facebook, WhatsApp dan Instagram mengalami gangguan sehingga menyebabkan ramai pengguna tidak dapat mengakses selama beberapa jam. Walaupun ianya dapat dibaiki dalam tempoh kurang 12 jam, syarikat yang dipimpin Mark Zuckerberg masih menglami kerugian berbillion ringgit.

ADVERTISEMENT

BACA: Pelabur Jual Saham Buatkan Mark Zuckerberg Hilang Lebih RM25 Bilion

Ini kerana pelabur membawa saham mereka keluar dari Facebook secara beramai-ramai. Mungkin itulah antara sebab mengapa Facebook merancang untuk mengubah nama mereka.

Ya, berdasarkan laporan TheVerge, Facebook dimaklumkan merancang untuk membuat penjenamaan baharu minggu hadapan. CEO, Mark Zuckerberg turut akan berkongsi kepada kita semua nama baharu itu dalam persidangan Connect tahunan.

Nama aplikasi dibawah Facebook tenggelam?

Umum sedia maklum Facebook sebelum ini telah membeli banyak aplikasi media sosial. Contohnya, Instagram dan WhatsApp yang dibeli Facebook bagi mengukuhkan lagi pegangan media sosial mereka.

Disebabkan penjenamaan semula perlu dilakukan kerana nama aplikasi yang dibeli tidak datang dari pihak Facebook tetapi dari pemilik asal. Dengan itu, semua syarikat yang berkait bersama Facebook akan dikenali dengan sebuah nama di bawah satu bumbung yang sama selepas ini.

Kredit: TheVerge

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas