Connect with us

Oh! Media

Kemaskini iOS 15.4 Membolehkan Pengguna ‘Unlock’ iPhone Walaupun Pakai ‘Face Mask’

iphone

Oh! Tech

Kemaskini iOS 15.4 Membolehkan Pengguna ‘Unlock’ iPhone Walaupun Pakai ‘Face Mask’

Akhirnya, perkara yang amat dinanti-nantikan pengguna iPhone sudah boleh dikemaskini sekarang. Hari ini pengguna iPhone seluruh dunia sudah boleh mengemaskini perisian iPhone mereka kepada iOS 15.4 yang menawarkan ciri untuk memudahkan pengguna ketika memakai face mask.

ADVERTISEMENT

Kalau dulu kita perlu tarik face mask ke bawah dagu untuk unlock iPhone, sekarang Face ID dah boleh cam muka kita walaupun dengan face mask.

Kemaskini iOS 15.4 ini bagaimanapun hanya boleh digunakan bagi model iPhone 12 dan ke atas sahaja. Bagi pengguna model lama, kita masih boleh membuka iPhone tanpa membuka face mask tetapi perlu memakai Apple Watch.

Bukan itu sahaja, ciri lain yang hadir adalah penambahan emoji baharu, suara siri yang boleh menggunakan suara kita dan banyak juga masalah bug telah dibetulkan Apple.

Pengguna iPhone juga sudah boleh menikmati refresh rate 120Hz dan ciri ini khas untuk pengguna yang memiliki skrin 120Hz ProMotion sahaja.

Kredit: Apple

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas