Connect with us

Oh! Media

Isteri Sentiasa Teman Suami Memandu, Wanita Kongsi Cara Tukar Suara Waze Kepada Suara Sendiri

waze

Oh! Tech

Isteri Sentiasa Teman Suami Memandu, Wanita Kongsi Cara Tukar Suara Waze Kepada Suara Sendiri

Pastinya ramai sudah sedia maklum dengan kewujudan aplikasi seperti Waze dan Google Maps yang sangat berguna untuk mereka yang ingin mendapatkan petunjuk jalan dan mengelakkan kawasan sesak ataupun sekatan jalan raya.

ADVERTISEMENT

Dan sudah tentu anda terbiasa dengan suara penunjuk jalan yang selalunya dirakam secara umum oleh aplikasi tersebut.

Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok apabila seorang wanita berkongsi tentang bagaimana caranya jika anda ingin menukar suara asal penunjuk jalan itu kepada suara sendiri. Menarik!

@dianjaunahcantikkaya

Nak elak dia ngantuk sbb selalu drive keje jauh

♬ original sound – DianJaunahCantikKaya

Video Tiktok

Dalam video tersebut, wanita tersebut berkongsi sedikit sedutan video memaparkan suaminya sedang memandu menggunakan waze di mana suaranya telah menjadi ‘peneman’ dan memberi arahan penunjuk jalan.

Malah, suaminya juga seolah-olah suka dan lebih bersemangat ketika memandu kerana ditemani suara manja sang isteri.

Wanita itu kemudiannya menunjukkan langkah demi langkah tentang bagaimana caranya menukar suara asal penunjuk jalan kepada suara sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen teruja melihatkan tips tersebut dan tidak sabar untuk mencubanya!

Komen TikTok

Korang nanti boleh la ‘try’ dekat aplikasi Waze pasangan masing-masing ya!

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas