Connect with us

Oh! Media

iPhone SE 3 Mungkin Lancar Tak Lama Lagi, Hadir Dengan Cip A15 Bionic Dan Mampu Milik?

iPhone SE 3

Oh! Tech

iPhone SE 3 Mungkin Lancar Tak Lama Lagi, Hadir Dengan Cip A15 Bionic Dan Mampu Milik?

Pasti ada antara korang yang minat dengan iPhone SE kan? Model ini bukan sahaja hadir dengan spesifikasi terkini, ia juga antara model mampu milik dari Apple yang korang boleh dapatkan di pasaran.

ADVERTISEMENT

BACAApple Bakal Perkenalkan Kereta Elektrik Tanpa Stereng Dan Pedal

Menurut laporan Fuzz.my, iPhone SE generasi baru yang mungkin dinamakan dengan iPhone SE 3 dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun depan. 

Menguatkan lagi kenyataan ini apabila terdapat sumber yang menyediakan alat ganti bagi iPhone SE 3 ini melaporkan hal sama. Bukan tu jer, syarikat penyelidikan dari Taiwan iaitu TendForce juga mengatakan perkara itu.

iPhone SE terbaru itu juga dijangka hadir dengan teknologi 5G paling termurah dari Apple yang membawakan rekaan iPhone 8 bersama cip pemprosesan A15 Bionic.

Ianya juga dikatakan masih lagi ada fungsi Touch ID bagi ciri keselamatan. Jadi, apa pandangan korang? Apapun, kita tunggu sehingga ianya disahkan sendiri Apple nanti untuk mengetahui maklumat yang lebih tepat.

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas