Connect with us

Oh! Media

iPhone SE 3 Mungkin Hadir Dengan Rekaan Sama, Masih Ada ‘Home Button’

Apple

Oh! Tech

iPhone SE 3 Mungkin Hadir Dengan Rekaan Sama, Masih Ada ‘Home Button’

Apple dijangka akan melancarkan iPhone SE 3 pada tahun depan dan terdapat beberapa maklumat mengenainya. Mesti ada antara korang yang minat dengan siri iPhone SE kan? Macam model sebelum ini, rekabentuk lama tapi spec padu!

ADVERTISEMENT

BACA : Apple Inc Sekali Lagi Tewaskan 1,500 Jenama Lain Sebagai Syarikat Paling Berinovasi

Menurut laporan Fuzz.my, iPhone SE 3 akan hadir dengan rekabentuk yang sama seperti iPhone SE (2020) dan perkara ini juga dikatakan blog Macitakara Jepun.

Ini bermakna yang iPhone SE 3 masih mengekalkan skrin bersaiz 4.7 inci bersama bezel yang tebal. Bukan tu jer, ia juga masih dilengkapi ciri Touch ID oleh kerana ia dikatakan mempunyai home button.

Sekiranya korang berminat dengan iPhone dengan rekabentuk lama yang dikuasakan dengan spesifikasi terkini, mungkin inilah pikihan yang boleh korang buat untuk tahun depan. 

Walaubagaimanapun, perkara ini hanyalah jangkaan semata dan terlalu awal untuk disahkan lagi. Apapun, tunggulah tahun depan kalau nak tahu sama ada ianya benar ataupun tidak.

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas