Connect with us

Oh! Media

Apple Inc Sekali Lagi Tewaskan 1,500 Jenama Lain Sebagai Syarikat Paling Berinovasi

0002 8900852203 20210929 193922 0000

Oh! Tech

Apple Inc Sekali Lagi Tewaskan 1,500 Jenama Lain Sebagai Syarikat Paling Berinovasi

Setiap tahun, Boston Consulting Group (BCG) akan menyenaraikan seberapa banyak syarikat yang ada di seluruh dunia untuk memilih syarikat terbaik. Bagi tahun 2021 ini, BCG telah melakukan tinjauan ke atas 1,500 buat syarikat bagi memilih syarikat paling berinovasi 2021.

Pihak BCG kemudian mengumumkan syarikat Apple Inc sebagai syarikat paling berinovasi 2021 sekaligus menewaskan pesaingnya.

Apple Inc mengekalkan gelaran itu selepas turut diumumkan sebagai syarikat paling berinovasi bagi tahun 2020.

IKLAN

Mesti korang tertanya-tanya yang pemenang dipilih berdasarkan apa? Berikut 4 perkara yang dinilai pihak BCG:

  • Jumlah undian yang diterima daripada para ekskutif inovasi
  • Jumlah undian daripada para eksekutif syarikat dalam industri
  • Indeks kepelbagaian bagi mengukur undian keseluruhan industri
  • Prestasi semasa sesebuah syarikat dalam industri dari 31 Disember 2017 hingga 31 Disember 2020.

Pesaing Apple iaitu Samsung hanya berada pada tempat ke-6 dan Huawei pula pada tempat ke-8.

Pesaingan bagaimanapun bukan hanya dinilai antara syarikat teknologi sahaja, ini selepas syarikat pengeluar vaksin Covid-19 turut dinilai.

Pfizer berada pada kedudukan ke-10 dan AstraZeneca di kedudukan ke-49.

Top 50 most innovative companies 2021

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas