
Oh! Tech
Ini Rupa Terbaru Xiaomi 13 Ultra!
Oleh
Pada
Pada 18 April ini, Xiaomi dalam persediaan dengan beberapa produk baharu untuk dipasarkan. Xiaomi 13 Ultra adalah antara peranti yang akan memasuki pasaran global yang akan dimaklumkan nanti.
ADVERTISEMENT
Rekaan smartphone Xioami terbaru ini telah disahkan di satu kemaskini di Weibo. Ia didatangkan dengan panel belakang seakan kulit dengan pilihan warna hijau dan putih yang dikelilingi bingkai seakan logam.

Tambahan, Xiaomi 13 Ultra mempunyai bonggol kamera yang berbentuk bulat besar dan tebal.
Dalam pada itu, terdapat sistem pengimejan Leica Summicron yang baharu untuk digunakan bersama kuad kamera yang menyokong sensor 50MP.
Selain itu, peranti ini mempunyai kemampuan untuk zoom optikal yang tinggi dan dijana cip Snapdragon 8 Gen 2.
Kredit: amanz
Teruskan membaca..
Topik berkaitan:ohtech, phone, xiaomi, xiaomi13ultra
