Connect with us

Oh! Media

Ini Pilihan Warna Dan Storan Yang Hadir Pada iPhone 13?

Iphone 13

Oh! Tech

Ini Pilihan Warna Dan Storan Yang Hadir Pada iPhone 13?

Sebelum ini, Apple telah mengumumkan tarikh pelancaran iPhone terbaru yang akan berlangsung pada 14 September ini. Terdapat juga banyak laporan menjangka beberapa ciri dan spesifikasi yang dibawakan pada iPhone terbaru ini nanti. Mesti ramai yang tak sabar kan?

BACA : iPhone 13 Lancar 14 September Ini, Mungkin Dengan Beberapa Produk Lain?

Menurut laporan Fuzz.my, terdapat sebuah laman web e-dagang dari Ukraine telah menyenaraikan kesemua versi bagi keluaran iPhone kali ini bersama pilihan warna dan storannya. Warna apa yang special kalini?

IKLAN
E714b88d 4ee1 410e 9d09 d26bf881d608

Bagi iPhone 13 mini, ia didatangkan dengan enam pilihan warna iaitu Black, Blue, White, Red, Pink dan Purpleyang hadir dengan pilihan storan sebesar 64GB dan 128GB.

644a445a 70f6 4b64 aee2 3c00835b8249

iPhone 13 juga mempunyai enam pilihan warna yang sama seperti 13 mini, tetapi pilihan storannya berbeza sedikit iaitu sebesar 128GB dan 256GB.

841a20fe eaee 404f a265 3ed552e814a6

Untuk model 13 Pro dan 13 Pro Max, ia hadir dengan empat pilihan warna iaitu Black, Silver, Bronze dan Gold. Pilihan storan untuk 13 Pro pula adalah sebesar 128GB atau 256GB manakala untuk 13 Pro Max pula adalah sebesar 256GB atau 512GB.

2900ae97 d3c5 4ca3 9f4b ab69838c22bf

Sebelum ini terdapat laporan yang mengatakan iPhone siri 13 akan hadir dengan storan sebesar 1TB dan mungkin dijual pada harga lebih RM9,000. Apapun, kita tunggu sehingga ianya dilancarkan nanti untuk mengetahui apa yang akan dibawakan pada iPhone terbaru ini secara rasmi.

Kredit: Fuzz.my | 91mobiles

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas