
Oh! Tech
Ini Konsep Reka Bentuk iPhone Siri 14, Nampak Lebih Kemas!
Oleh
Apple baru saja mengumumkan tarikh pelancaran bagi iPhone 13 yang bakal berlangsung pada 14 September ini. Walaupun masih belum dilancarkan, dah ada khabar angin mengenai konsep iPhone siri 14 pula. Pergh! Lain macam penangan Apple ni.

Terdapat imej rekaan konsep iPhone 14 yang dikongsikan Jon Prosser dan apa yang dapat kita lihat, ianya tidak lagi mempunyai bonggol kamera. Kan kemas tu!
Menurut laporan Fuzz.my, iPhone 14 mungkin mempunyai fungsi Touch ID yang terletak dibahagian bawah skrin. Bukan tu jer, fungsi Face ID yang sama digunakan pada iPhone X dan keatas juga masih lagi ada.

Selain itu, bentuk butang suara pada iPhone ini mungkin berbentuk bulat yang digunakan pada iPhone 4 dan 5. Walaubagaimanapun, Jon Prosser mengatakan bahawa iPhone siri 14 ini mungkin mengekalkan Lightning cable sebagai pengecasan.
Apapun, benda ni terlalu awal untuk diramal memandangkan iPhone 13 pun masih belum dilancarkan secara rasmi.
Kredit: Jon Prosser | Fuzz.my
