Connect with us

Oh! Media

Ini Kelainan Yang Mungkin Dibawakan Pada Rekaan iPhone 14 Pro?

Oh! Tech

Ini Kelainan Yang Mungkin Dibawakan Pada Rekaan iPhone 14 Pro?

Apple yang merupakan salah satu pengeluar telefon pintar terkenal akan melancarkan iPhone siri 14 tak lama lagi. Mesti ramai yang tertanya-tanya apakah ciri menarik yang dibawakannya nanti kan?

ADVERTISEMENT

BACA : Ini Jangkaan Mengenai Spesifikasi Bagi iPhone 14, Memang Luar Biasa!

Terdapat satu laporan daripada 9to5Mac menunjukkan lukisan skematik bagi iPhone 14 pro. Apa yang dapat dilihat, terdapat kelainan bagi rekaan telefon pintar ini kalau nak dibandingkan dengan siri sebelum ini.

Kalau korang perasan, telefon pintar model akan datang ini dijangka hadir dengan bonggol kamera yang lebih tebal.

Ianya mungkin hadir dengan kamera yang menggunakan sensor lebih besar iaitu 48 megapixel berbanding siri sebelum ini iaitu hanya 13 megapixel sahaja dan ianya dikatakan sendiri penganalisis, Ming Chi Kuo.

Bukan tu jer, ia juga dijangka akan hadir dengan rekaan takuk yang berbeza. Apa pandangan korang?

Walaubagaimanapun, tidak dipastikan lagi sama ada perkara tersebut adalah benar ataupun tidak. Sama-samalah kita tunggu sehingga ianya diumumkan sendiri pihak Apple nanti.

Kredit: 9to5Mac | mingchikuo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas