Connect with us

Oh! Media

Ini Jangkaan Mengenai Spesifikasi Bagi iPhone 14, Memang Luar Biasa!

2ae548e6 336f 4e18 a97a 29560e0f2396

Oh! Tech

Ini Jangkaan Mengenai Spesifikasi Bagi iPhone 14, Memang Luar Biasa!

Setiap siri iPhone terbaru selalunya akan dilancarkan Apple pada suku ketiga ataupun keempat pada setiap tahun. Walaupun kita masih belum masuk ke tahun 2022, sudah ada laporan yang menjangkakan mengenai spesifikasi bagi iPhone 14 terbaru nanti.

BACA : Rekaan iPhone 14 Serba Baharu Sudah Mula Tersebar

Menurut laporan Fuzz.my, siri terbaru ini akan hadir dengan empat pilihan varian iaitu iPhone 14 yang menggunakan skrin 6.1 inch, 14 Max yang menggunakan skrin 6.7 inch, 14 Pro yang menggunakan skrin 6.1 inch dan juga 14 Pro Max yang menggunakan skrin 6.7 inch.

IKLAN
B629b5da 0b5b 45e4 8509 12904cb5b52a

Untuk kamera pula, terdapat laporan yang menjangkakan bahawa ianya akan dilengkapi dengan tiga kamera belakang dengan sensor utama 48MP, sensor ultra lebar dan juga sensor telefoto 12MP.

Seperti semua tahu yang iPhone 13 versi Pro sebelum ini hadir dengan 6GB RAM kan? Untuk iPhone terbaru versi Pro nanti, ianya dijangkakan hadir dengan RAM sebesar 8GB. Pergh! Memang terbaik.

Apa pandangan korang? Apapun, tunggulah sehingga ianya dilancarkan nanti untuk mengetahui lebih lanjut tentang iPhone terbaru yang bakal dibawakan Apple pada tahun depan. 

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas