Connect with us

Oh! Media

Honor X9 Diperkenalkan, Guna Cip Snapdragon 695 Pada Harga Bermula RM1,099

170ef12f ffb5 4028 bdc7 9ab52c872e8f

Oh! Tech

Honor X9 Diperkenalkan, Guna Cip Snapdragon 695 Pada Harga Bermula RM1,099

Semalam telah berlangsung satu acara oleh sebuah pengeluar telefon pintar iaitu Honor yang memperkenalkan 3 buah telefon pintar terbarunya sekaligus dan antaranya adalah Honor X9.

BACA : Honor X7 Lebih Mampu Milik, Dijual Pada Harga RM699

Honor X9 ini didatangkan dengan skrin sebesar 6.81 inci LCD yang menyokong FHD+ serta dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 695.

IKLAN
A8672895 bd94 46e4 a4f9 42c53f218cc4

Untuk memori, Honor X9 ini hadir dengan RAM sebesar 8GB dan storan dalaman sebesar 128GB. Baterinya pula berkapasiti 4,800mAh yang menyokong sehingga 66w pengecasan pantas menggunakan USB Type-C.

B54735b2 0a81 4976 9d2a f01602f064b6

Untuk kamera utama, ia dilengkapi dengan tri-kamera dengan sensor utama 48 megapixel manakala untuk kamera depan pula hadir dengan 16 megapixel.

Ia didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Titanium Silver, Ocean Blue dan Midnight Black. Bagi sesiapa yang berminat, korang boleh dapatkannya pada harga RM1,099 untuk varian biasa manakala untuk varian 5G pula pada harga RM1,299.

Kredit: Honor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas