Connect with us

Oh! Media

Honor X7 Lebih Mampu Milik, Dijual Pada Harga RM699

Oh! Tech

Honor X7 Lebih Mampu Milik, Dijual Pada Harga RM699

Acara Honor yang berlangsung malam tadi juga memperkenalkan Honor X7 dan model ini adalah lebih mampu milik berbanding X8 dan X9 yang kami kongsikan sebelum ini.

ADVERTISEMENT

BACA : Honor X9 Diperkenalkan, Guna Cip Snapdragon 695 Pada Harga Bermula RM1,099

Honor X7 ini hadir dengan skrin sebesar 6.74inci LCD yang menyokong HD+ serta dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 680.

Untuk memori, ia hadir dengan RAM sebesar 4GB dan storan dalaman sebesar 128GB. Tapi untuk bateri, ia lebih besar dari dua model lain kerana didatangkan dengan 5,000mAh yang menyokong sehingga 22.5w pengecasan pantas saja. 

Untuk kamera utama, ia dilengkapi dengan kuad-kamera dengan sensor utama 48 megapixel manakala untuk kamera depan pula hadir dengan 8 megapixel.

Ia didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Titanium Silver dan Ocean Blue sahaja. Bagi sesiapa yang berminat, korang boleh dapatkannya pada harga RM699 sahaja. Betul mampu milik ni!

Kredit: Honor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas