Connect with us

Oh! Media

Harga iPhone ‘Ultra’ Dijangka Lebih Mahal, CEO Apple Percaya Pengguna Tetap Setia

20230209 105051 0000

Oh! Geekz

Harga iPhone ‘Ultra’ Dijangka Lebih Mahal, CEO Apple Percaya Pengguna Tetap Setia

Apple telah menawarkan model iPhone Pro dan Pro Max dalam pasaran kini. Tetapi, dengar cerita Apple nak keluarkan satu lagi model atas model-model flagship tersebut, eh, betul ke?

BACA: Apple Dijangka Tawarkan Pelan Ansuran Untuk iPhone Tak Lama Lagi?

Bloomberg melaporkan Apple bakal melancarkan model terbaru, iPhone 16 atau dikenali iPhone Ultra dengan harga yang lebih tinggi pada tahun 2024.

IKLAN

Harga lebih mahal?

Bthsutecs5lz6hwgywd5q4

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook menyatakan pengguna Apple akan tetap setia membeli model yang baru dikeluarkan itu meskipun dengan harga yang tinggi.

Kenaikan harga tidak menjadi masalah. Malah, pengguna mungkin boleh dipujuk untuk berbelanja lebih. Saya rasa orang ramai sanggup berusaha mendapatkan yang terbaik buat mereka.

Apa-apapun, ciri keseluruhan dan spesifikasi model iPhone Ultra masih lagi belum diketahui. Tetapi, ada ura-ura juga yang mengatakan model ni akan hadir dengan skrin yang lebih besar, cip lebih canggih dan juga kemampuan kamera yang luar biasa.

Jad, sama-sama kita nantikan model ini, okay?

Kredit: Bloomberg

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas