Connect with us

Oh! Media

Harga Google Pixel 6 Terbongkar Dan Setiap Pembelian Akan Dapat Headphone Percuma?

Pixel 6

Oh! Tech

Harga Google Pixel 6 Terbongkar Dan Setiap Pembelian Akan Dapat Headphone Percuma?

Sebelum ini, Google telah mengumumkan tarikh pelancaran bagi telefon pintar terbarunya iaitu Pixel 6 dan 6 Pro yang akan berlangsung pda 19 Oktober ini. 

ADVERTISEMENT

BACA : Google Pixel 6 Dan 6 Pro Secara Rasmi Dilancarkan Pada 19 Oktober Ini

Menurut laporan Fuzz.my, Google juga telah memperlihatkan rekabentuk dan beberapa spesifikasi asas kepada umum, tetapi harga jualan bagi telefon pintar ini masih belum didedahkan.

Walaubagaimanapun, terdapat seorang pengguna dari Reddit telah kongsikan satu imej yang memarparkan harga bagi Pixel 6. Ianya menunjukkan bahawa harga jualan bagi telefon pintar itu adalah € 649 atau sekitar $ 750 (RM3,135).

Bukan tu jer, terdapat info didalam gambar itu mengatakan bahawa pengguna akan dapat satu set Headphone Bose’s Noise-Cancelling 700 secara percuma apabila membeli telefon berkenaan. Pergh! Kalau betul memang terbaiklah kan.

Apapun, kita taktahu sama ada ianya benar ataupun tidak. Untuk mengetahui harga dan apa sahaja mengenai siri Google Pixel ini, tunggulah sehingga 19 Oktober nanti ya.

Kredit: Fuzz.my | Reddit

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas