Connect with us

Oh! Media

Dapatkan AMD Ryzen™ Dengan Tawaran Terhad Sempena AMD Carnival Month

Branded

Dapatkan AMD Ryzen™ Dengan Tawaran Terhad Sempena AMD Carnival Month

Zaman sekarang, semuanya bergerak pantas, barulah seiring dengan perkembangan semasa. Ini termasuk prestasi untuk peranti digunakan sehari-hari, barulah lebih produktif untuk kerja dan berhibur. Untuk itu, peranti dengan AMD Ryzen™ Mobile Series Processors membawakan pengalaman serba pantas untuk memenuhi segala keperluan penggunaan dan bermacam lagi.

Dengan proses pembuatan 6nm, AMD Ryzen™ Mobile Series processors memberikan teknologi mobile untuk menjamin efisiensi dan dalam masa sama peranti kekal senyap dan sejuk.

Peranti dengan prosesor ini juga terbukti mempunyai prestasi mengagumkan dengan kadar responsif segera. Tak kiralah untuk hiburan atau kerja, kelajuan ini membantu memudahkan urusan sama ada di rumah atau di mana saja.

Kadar responsif sepantas kilat

Menjalankan berbilang tugas dalam satu masa bukanlah perkara asing sekarang. Sebab itu, prosesor berkelajuan mantap diperlukan. Walaupun bermacam-macam apps dibuka serentak, ianya masih kekal responsif.

Namun begitu, tak perlu risau tentang jangka hayat bateri kerana teknologi prosesor tercanggih ini kekal membuatkan korang produktif dan menghiburkan tak kira masa dan tempat. 

Gaming ala gamer elit

Berjam-jam layan game pun tak ada masalah dengan prosesor ini. Jangan risau dengan jangka hayat bateri yang kekal tip-top walaupun peranti digunakan berjam-jam. 

Kadar frame pantas juga ditawarkan dengan laptop ringan dan nipis. Dalam memilih laptop untuk gaming, tak perlu lagi berkompromi bagi menjamin pengalaman gaming mengasyikkan setelah seharian bekerja.

Pencipta kandungan di luar sana, tiba masa untuk bersinar!

Zaman sekarang mencipta kandungan secara online bukan sahaja perlukan daya kreativiti, malahan inspirasi bagi penghasilan kandungan menarik perhatian. Untuk menyunting footage beresolusi 4K atau rekaan kompleks, prosesor yang mantap dan responsif berupaya menjimatkan masa.

4 kelebihan peranti dengan prosesor AMD Ryzen™ 6000 Series

Tidak dapat tidak, pengguna PC semestinya mahukan sebuah peranti yang penuh dengan kuasa, tak kiralah untuk menghasilkan kandungan atau layan game. Untuk itu, peranti dengan Prosesor AMD Ryzen™ 6000 Series adalah pilihan terbaik.

Prestasi mengagumkan

Prosesor AMD Ryzen™ 6000 Series memberikan prestasi padu yang tidak dimiliki oleh prosesor lain. Prosesor ini menjanjikan prestasi mantap dengan laptop yang nipis, ringan, sejuk dan paling penting, senyap. 

Playback video sehingga 29 jam

Rekaan dioptimumkn dengan penambahbaikan dalam prosesor AMD Ryzen™ 6000 Series menjadikan prestasi per watt membolehkan playback video sehingga 29 jam dalam satu kali pengecasan. 

Lebih masa tanpa perlu pengecas

Asyik perlu cari plug untuk buat kerja? Semua itu tinggal dengan sejarah dengan adanya pengurusan bateri pintar untuk memberikan lebih masa tanpa perlu mencari plug.

2 objektif utama AMD ketika membangunkan Prosesor AMD Ryzen™ 6000 Series pertamanya adalah untuk memberi prestasi tip-top bagi platform mobile kepada pengguna. Keduanya, membangunkan teknologi tercanggih yang mampu memanjangkan jangka hayat bateri yang tidak pernah dicapai jenama lain, walaupun dengan rekaan paling ringan dan ternipis.

Prosesor dinanti-nanti content creator

Prosesor AMD Ryzen™ ini adalah gabungan prestasi tinggi dan jangka hayat bateri lama yang dinanti-nantikan content creator yang sentiasa sibuk dengan penghasilan kandungan.

Ketika ini, prosesor pesaing menggunakan lebih banyak tenaga berbanding prosesor ini yang menjadikan mereka lebih panas, bising dan bateri peranti kurang tahan lama.

Selangkah lebih maju

Laptop canggih berkelas dunia menjanjikan kemungkinan tanpa batasan dengan prosesor AMD Ryzen™ 6000 Series memenuhi segala jangkaan penggunaan.

Keselamatan dipertingkat dengan Windows 11

Prosesor AMD Ryzen™ yang serasi dengan Windows 11 melindungi sistem dan membantu menjadikan PC dan data kekal selamat. Password dan data dilindungi walaupun sistem hilang ataupun dicuri. Jadi, tak perlu lagi risau tentang aspek keselamatan.

Bukan itu sahaja Windows 11 juga menawarkan pelbagai ciri dan fungsi yang diperlukan untuk lebih efisien dan produktif.

Lebih mudah untuk kekal berhubung

Gunakan Microsoft Teams untuk berbual dengan rakan dan keluarga menggunakan PC. Tak kisahlah smartphone atau tablet apa yang mereka gunakan, korang boleh berhubung dengan mereka melalui video atau panggilan telefon. Percuma je, tanpa perlu menggunakan smartphone.

Navigasi intuitif untuk pengurusan lebih mudah

Menggunakan Windows 11 bermakna hidup lebih ringkas. Rekaannya lebih bersih dan segar namun masih kekal seperti sebelumnya. Buat carian dari depan atau tengah untuk kemudahan penggunaan walau di mana saja berada.

Desktop lebih seimbang 

Pernah tak terpaksa korek dan godek pelbagai window dan apps untuk mencari? Kadang kala sampai berjam lamanya tak jumpa. Kini Windows 11 korang boleh kelaskan dan uruskan windows yang terbuka untuk memilih lebih mudah dengan multitasking tool, Snap Assist.

Widget bantu memudahkan kehidupan

Semuanya di hujung jari sama ada maklumat atau apa sahaja mengenai berita, dunia hiburan dan bermacam lagi. Nasib baik ada widget yang membantu mencari kandungan yang diperlukan.

Peranti & ciri inovatif

Windows bekerjasama dengan jenama terkemuka untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada penggunanya agar peranti terbaru lebih versatil, serba boleh dan lebih senang digunakan. Teknologi terkini dari segi sentuhan, suara dan input pen antara yang diberi perhatian Windows 11.

AMD Carnival Day kembali!

AMD Carnival Day akan diadakan secara eksklusif di AMD Concept Store Pavilion Bukit Jalil bermula 17 hingga 19 Mac 2023. Ada bermacam aktiviti menarik diadakan antaranya:

-VR Games menggunakan peranti dikuasakan AMD.

-Diskaun RM300 dengan pembelian minimum RM3,000 untuk mana-mana peranti AMD Ryzen™ terpilih selama 3 hari.

-Pemberian doorgift terhad.

-Cabutan bertuah dengan hadiah lumayan menanti dengan pembelian sebarang peranti AMD Ryzen™ seperti penyedut hampagas Philips, portable SSD, pencuci hampagas robot, tetikus gaming dan bermacam lagi.

Selain itu, AMD Carnival Month juga turut diadakan untuk menawarkan harga menarik dari 1 hingga 31 Mac 2023. Ada hadiah percuma, waranti lanjutan 1 tahun, pendrive, cooling pad dan 1TB hard disk dengan jumlah terkumpul bernilai RM451 untuk peranti HP AMD terpilih.

Mana nak dapatkan hadiah percuma?

Korang boleh dapatkan semua hadiah percuma dengan pembelian di cawangan AMD di bawah:

AMD Concept Store @ Plaza LowYat – 7, Jalan Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

AMD Concept Store @ Digital Mall – No. 2 Jalan 14/20 Section 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor

AMD Concept Store @ Sunway Pyramid – No 16 Digital Centre, F1.AV.20 &21, Asian Avenue, First Floor Sunway Pyramid, No.3, Jalan PJS 11/15, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan

AMD Concept Store @  Pavilion Bukit Jalil – 1.60.00 Pavilion Bukit Jalil, No.2, Persiaran Jalil 8, Bandaran Bukit Jali, 57000 Kuala Lumpur

Apa tunggu lagi, jom ke AMD Concept berhampiran korang untuk dapatkan diskaun menarik sempena AMD Carnival Month. Rugi kalau terlepas!

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas