Connect with us

Oh! Media

Caltex Lancar Aplikasi Pembayaran Tanpa Tunai Di Malaysia

CaltexGo

Oh! Tech

Caltex Lancar Aplikasi Pembayaran Tanpa Tunai Di Malaysia

Sejak pandemik melanda, mesti ramai yang lebih selesa untuk melakukan pembayaran secara nirtunai apabila membeli sesuatu produk kan? Maklumlah, sekarang ni penjarakan sosial tu sangatlah penting bagi mengurangkan risiko dari dijangkiti wabak yang melanda.

ADVERTISEMENT

BACA : Isi Minyak, Beli Makanan & Minuman Semua Boleh Setel Dalam Kereta Dengan Selamat & Dapat Bonus Sehingga RM300, Ini Caranya…

Terbaru, Caltex telah melancarkan aplikasi CaltexGo di Malaysia yang memudahkan pengguna untuk membuat pembayaran secara nirtunai di stesen minyak terpilih. Terbaiklah Caltex!

Buat masa ini, pelanggan yang berada di sekitar Lembah Klang saja yang boleh menggunakan aplikasi terbaru mereka dan akan dikembangkan lagi di seluruh Malaysia pada masa akan datang.

Sama seperti Setel, CaltexGo membolehkan pelanggan membuat pembayaran tanpa berhadapan dengan pekerja. Bukan tu jer, pelanggan juga boleh mengumpul mata ganjaran apabila mengisi minyak menggunakan CaltexGo.

Bagi sesiapa yang duduk di Lembah Klang dan nak isi minyak di Caxtex, korang dah boleh gunakan aplikasi CaltexGo ini ya.

Kredit: Soya Cincau

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas