Sebelum ini Samsung Galaxy pernah mengeluarkan peranti Samsung Galaxy A05 dan hari ini mereka telah mula memasarkannya di Malaysia.
Tambahan, bagi korang yang berminat untuk mendapatkan peranti ini, ia dijual pada harga bermula daripada RM649 sebuah.
Spesifikasi Samsung Galaxy A05
Samsung Galaxy A05 boleh didapati dengan pilihan warna baharu iaitu Light Green, Black dan Silver.
Menariknya, Samsung Galaxy A05 menggunakan skrin PLS LCD sebesar 6.6″ beresolusi HD+ manakala memori pula sehingga 6GB RAM dengan storan dalaman 128GB.
Bukan itu sahaja, ia dipadankan juga dengan cip pemprosesan lapan teras yang tidak didedahkan secara khusus.
Dalam pada itu, peranti ini mempunyai sistem dwi-kamera turut digunakan dengan tetapan 50MP (f/1.8) + 2MP (f/2.4) dan kamera hadapan pula 8MP.
Malah, Samsung Galaxy A05 dimuatkan dengan bateri 5,000mAh menerusi port USB-C, bicu audio 3.5mm, sambungan bluetooth 5.3 dan pembesar suara mono.