Connect with us

Oh! Media

Bermula Harga RM649, Samsung Galaxy A05 Mula Dipasarkan Di Malaysia

samsung

Oh! Tech

Bermula Harga RM649, Samsung Galaxy A05 Mula Dipasarkan Di Malaysia

Sebelum ini Samsung Galaxy pernah mengeluarkan peranti Samsung Galaxy A05 dan hari ini mereka telah mula memasarkannya di Malaysia.

ADVERTISEMENT

Tambahan, bagi korang yang berminat untuk mendapatkan peranti ini, ia dijual pada harga bermula daripada RM649 sebuah. 

Spesifikasi Samsung Galaxy A05

Samsung Galaxy A05 boleh didapati dengan pilihan warna baharu iaitu Light Green, Black dan Silver.

Menariknya, Samsung Galaxy A05 menggunakan skrin PLS LCD sebesar 6.6″ beresolusi HD+ manakala memori pula sehingga 6GB RAM dengan storan dalaman 128GB.

samsung

Bukan itu sahaja, ia dipadankan juga dengan cip pemprosesan lapan teras yang tidak didedahkan secara khusus.

Dalam pada itu, peranti ini mempunyai sistem dwi-kamera turut digunakan dengan tetapan 50MP (f/1.8) + 2MP (f/2.4) dan kamera hadapan pula 8MP. 

Malah, Samsung Galaxy A05 dimuatkan dengan bateri 5,000mAh menerusi port USB-C, bicu audio 3.5mm, sambungan bluetooth 5.3 dan pembesar suara mono.

BACA: Dengan Harga RM849, Samsung Galaxy M14 5G Boleh Didapati Minggu Hadapan

Terdahulu, Samsung telah mengumumkan penawaran telefon pintar baharu untuk pasaran Malaysia, iaitu Samsung Galaxy M14 5G. 

Kredit: Amanz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Kesian tengok penumpang yang terjejas, tiket hilang macam tu je #myairline#penumpang#tiket#ohmedia#as

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas