Connect with us

Oh! Media

Apple Watch Series 7 Dijual Bermula RM1,749, Boleh Dapatkan Di Apple Store

Apple Watch

Oh! Tech

Apple Watch Series 7 Dijual Bermula RM1,749, Boleh Dapatkan Di Apple Store

Bagi sesiapa yang dah lama menantikan Apple Watch Series 7, korang dah boleh membelinya secara online di Apple Store Malaysia sekarang.

ADVERTISEMENT

BACA : Apple Watch 8 Dijangka Boleh Semak Suhu Badan Pengguna?

Terdapat dua model bagi Apple Watch terbaru ini iaitu GPS tang dijual bermula RM1,749 dan juga GPS + Cellular yang dijual bermula RM2,199. Terdapat juga beberapa pilihan warna case mengikut citarasa pembeli iaitu Green, Blue, Starlight, Midnight dan juga Red.

Bukan tu jer, korang juga boleh memilih tali jam tangan yang didatangkan dengan pilihan Solo Loop, Sport band, modern buckle, leather link dan juga milanese loop.

Untuk Series 7 ini, ia hadir dengan skrin yang lebih besar dengan rangka yang nipis serta bateri yang lebih besar. Bukan tu jer, ia juga menyokong papan kekunci pada skrin yang membolehkan korang membalas mesej dengan mudah.

Walaubagaimanapun, Apple Watch Series 7 ini masih lagi menggunakan cip pemprosesan yang sama seperti model sebelum ini iaitu Series 6. Siapa yang berminat tu, bolehlah pergi ke Apple Store sekarang.

Kredit: Apple Store

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas