Connect with us

Oh! Media

Apple Watch 8 Dijangka Boleh Semak Suhu Badan Pengguna?

0715f007 91b4 4d2e 85d2 82fa9abe617f

Oh! Tech

Apple Watch 8 Dijangka Boleh Semak Suhu Badan Pengguna?

Apple sebelum ini telah mengumumkan sesuatu pelancaran yang akan berlangsung pada 15 September ini dan pada hari tersebut, mungkin iPhone 13 dan Apple Watch Series 7 akan diperkenalkan.

BACA : iPhone 13 Lancar 14 September Ini, Mungkin Dengan Beberapa Produk Lain?

Walaupun ianya masih belum lagi dilancarkan, terdapat khabar angin mengenai produk-produk dari Apple pada generasi yang akan datang. Lain macam penangan Apple ni.

IKLAN

Menurut laporan Macrumors, mereka menjangkakan bahawa Apple Watch pada tahun 2022 nanti akan ada ciri menyemak suhu badan. Perkara ini sangatlah penting bagi setiap individu bagi memastikan tubuh badan mereka dalam keadaan yang sihat.

Walaubagaimanapun, ini hanyalah jangkaan semata ya. Apapun, kita fokus dulu kepada produk Apple yang bakal dilancarkan tak lama lagi ini. 

iPhone 13 dikatakan akan hadir dengan ciri ‘Always on Display’ yang menunjukkan beberapa info penting walaupun pengguna tidak menghidupkan telefon. 

Bukan tu jer, ianya juga turut didatangkan dengan ciri satelit yang membolehkan pengguna untuk membuat panggilan dan menghantar mesej tanpa memerlukan rangkaian ketika kecemasan.

Kredit: Macrumors

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas