Oh! Tech
Aplikasi Touch ‘n Go eWallet Dibuang Dari App Store?
Aplikasi Touch ‘n Go eWallet merupakan sebuah platform pembayaran e-dompet dalam talian Malaysia yang menjadi kegunaan ramai ketika ini.
Untuk pengetahuan, aplikasi tersebut tidak lagi ada dalam senarai Apple App Store yang membuatkan pengguna baru tidak lagi boleh muat-turunnya.
Aplikasi @MyTouchnGo hilang dari App Store.
— Xavier Naxa (@XavierNaxa) May 7, 2022
Tidak dipastikan sama ada aplikasi tersebut gagal mencapai piawaian Apple atau terdapat isu menyebabkan ia gagal berada di App Store. Saya menunggu jawapan rasmi daripada @MyTouchnGo. pic.twitter.com/OnfUBU8wLy
Walaubagaimanapun, sesiapa yang telah muat-turun dan mempunyai Touch n Go eWalltet dalam iPhone masih boleh menggunakannya seperti biasa.
Selalunya kalau Apple buang sesuatu aplikasi dalam App Store tu disebabkan terdapat isu yang membuatkan ia gagal berada dalam App Store atau gagal pencapai piawaian Apple.
Orang ramai yang telah install dinasihatkan supaya tidak ‘delete’ aplikasi itu untuk kekal menggunakannya ya sehingga masalah ini selesai.
Kredit: XavierNaxa
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM