Connect with us

Oh! Media

5 Peranti Terbaik Sesuai Sebagai Hadiah Tahun 2023

msi laptop

Branded

5 Peranti Terbaik Sesuai Sebagai Hadiah Tahun 2023

Proses memilih untuk membeli peranti seperti laptop memerlukan masa. Yalah, perlu memikirkan soal harga, spesifikasi, ciri dan macam-macam kriteria lain.

Jom kami kongsikan 5 laptop MSI paling berbaloi untuk korang yang kaki main game atau pun mahu kekal produktif membuat kerja. Boleh jimat lagi!

1.MSI Cyborg 15 (Harga promosi bermula dari RM3,999)

msi cyborg 15

Laptop gaming ini mengetengahkan rekaan cyberpunk. Bagi korang yang sukakan elemen sci-fi, model ini adalah pilihan terbaik dengan rekaan luaran yang futuristik avant-garde. Handsome dari segi luaran, tapi fungsinya pun tak kurang hebat, bukan biasa-biasa guys!

Rekaannya yang nipis dan ringan memudahkan korang untuk membawa peranti ini ke mana sahaja. Nak gaming dekat rumah? Atau nak tukar vibes keluar ke kafe? Tak ada masalah, ringan je.

Prosesor sehingga Intel® Core™ i7-12650H dan NVIDIA® GeForce RTX™4060 GPU menjadikan pengalaman gaming paling smooth. Dengan diskaun dari harga asal sehingga RM300, korang juga akan bawa pulang mouse MSI M99 Pro. 

2.MSI Thin GF63 (Harga promosi bermula dari RM2,899)

msi thin gf63

Masih mencari laptop gaming tanpa perlu belanja besar? 

Dengan prosesor terbina sehingga 12th Gen. Intel® Core™ i7, model ini dikatakan mampu menyaingi sehingga 45% berbanding generasi model sebelumnya! Hampir separuh tu.

Prosesor 8-core pula menyokong hingga 4.9Hz single core frequency bagi memaksimakan efisiensi ketika gameplay, multi-task produktiviti.

Juga disertakan dengan free gift mouse MSI M99 Pro. 

3.MSI Bravo 15 (Harga promosi bermula dari RM3,199)

msi bravo 15

Ucapkan selamat datang pada prestasi luar biasa seperti dimiliki MSI Bravo 15 yang juga AMD gaming laptop! 

Dengan prosesor sehingga AMD Ryzen™ 7 7735HS & NVIDIA® GeForce RTX™4050 GPU, seakan mimpi setiap gamer menjadi realiti, merealisasikan imaginasi setiap gamer!

Prestasi penuh CPU dan GPU diperhebat dengan MSI thermal solution eksklusif, Cooler Boost 5. Paparan gaming 144Hz yang menjadikan grafik lebih jelas dan lancar, menjanjikan pengalaman baru untuk gamer.

Setiap pembelian ketika promosi model ini juga dilengkapi dengan mouse MSI M99 Pro.

4.MSI Modern 14 (Harga istimewa RM 2,199)

msi modern 14

Mencari laptop untuk kerja atau berhibur? Atau lagi best, boleh multi-tasking? MSI Modern 14 kan ada? Paling recommended model ni untuk pelajar atau pun pekerja. Sebabnya, model ini ringan (1.4kg), nipis (19.35mm) dan sesuai dibawa ke mana saja.

Tak perlu risau tentang harga, masih mampu milik dengan RM2,199 ditawarkan dengan kualiti dan ciri yang tidak kurang hebatnya. 

Nak tahu tak, dengan setiap pembelian model ini akan mendapat MIcrosoft Office Home dan Student 2021 yang telah sedia dipasang.

Setiap pembelian model ni juga korang akan dapat free gift mouse MSI M88 PERCUMA je! Promo ini sah untuk model Modern 14 C12MO-815MY & 816MY sahaja.

5.Katana 15/17 B13V (Harga istimewa bermula dari RM5,249)

katana 15

Bagi peminat MSI Katana Series, ini berita gembira untuk korang! Dengan pembelian model Katana 15/17, korang boleh tebus hadiah istimewa berupa pedang Katana.

Dengan prosesor terbaru 13th Gen. Intel® Core™ i7 dilengkapi pula dengan NVIDIA® GeForce RTX™4050 GPU, pengalaman gaming pun capai next level!

Bila laptop gaming, salah satu concern semestinya laptop menjadi panas kan? Jangan bimbang, we got you covered! Dengan modul penyejukan Cooler Boost 5 memastikan haba disebarkan menerusi dissipation pipe serentak melalui CPU dan GPU.

msi year end best buy

Semua laptop dengan harga istimewa sempena Year End Best Buy ini berlangsung dari 18 hingga 31 Disember 2023, hanya 2 minggu je guys. Kena cepat sebelum stok habis dikebas orang! Maklumat lanjut, layari laman web rasmi MSI di sini: https://msi.gm/S644335A

Peluang menangi tiket IMAX

Bukan tu je, korang juga berpeluang menang menang tiket TGV Cinema IMAX PASS. Cuma perlu kongsikan pos Year End Best Buy di Facebook MSI Gaming, dan tiket berkenaan mungkin jadi milik korang. Senang kan?
Follow Facebook MSI Gaming dan Instagram https://www.instagram.com/msigaming_malaysia/ untuk promo terkini.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas