Connect with us

Oh! Media

Pengumuman Kabinet: Anwar Sebagai Menteri Kewangan, Zahid Hamidi, Fadillah Yusof Sebagai TPM

Oh! Negara

Pengumuman Kabinet: Anwar Sebagai Menteri Kewangan, Zahid Hamidi, Fadillah Yusof Sebagai TPM

Pagi tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembahkan senarai nama menteri yang bakal membarisi kabinet negara.

ADVERTISEMENT

BACA: Anwar Ibrahim Selesai Menghadap YDPA, Barisan Kabinet Dijangka Akan Diumumkan Hari Ini

Setelah hampir lapan hari kita menunggu pembentukan kabinet, kini Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun mengumumkan barisan kabinet yang bakal menerajui negara tercinta kita.

28 orang menteri dilantik barisi Kabinet Kerajaan Perpaduan

Menerusi pengumuman dibuat secara langsung tadi, Anwar mengumumkan seramai 28 orang menteri yang bakal membarisi barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan dengan dirinya sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Anwar turut mengumumkan Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Zahid dan Fadilah juga memegang portfolio sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dan Menteri Perladangan dan Komoditi..

Senarai penuh Kabinet Kerajan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim

  • Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
  • Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Fadillah Yusof 
  • Menteri Ekonomi: Mohd Rafizi Ramli
  • Menteri Pertahanan: Mohamad Hasan
  • Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek
  • Menteri Pendidikan Tinggi: Mohamed Khaled Nordin
  • Menteri Kesihatan: Dr Zaliha Mustafa
  • Menteri Belia dan Sukan: Hannah Yeoh
  • Menteri Pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook
  • Menteri Agama: Mohd Naim Mokhtar
  • Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan : Mohd Sabu
  • Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming
  • Menteri Dalam Negeri: Saif Nasution
  • Menteri Kerjaraya: Alex Nanta Linggi
  • Menteri MITI: Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
  • Menteri Sains dan Teknologi: Chang Lih Kang
  • Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Nancy Shukri
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Salahuddin Ayub
  • Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi: Azalina Othman
  • Menteri Sumber Asli: Nik Nazmi Nik Ahmad
  • Menteri Komunikasi: Fahmi Fadzil
  • Menteri Perpaduan Negara: Ago Dagang
  • Menteri Pelancongan: Tiong King Sing
  • Menteri Luar Negeri: Zambry Kadir
  • Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Ewon Benedick

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas