Connect with us

Oh! Media

Anwar Ibrahim Selesai Menghadap YDPA, Barisan Kabinet Dijangka Akan Diumumkan Hari Ini

Oh! Negara

Anwar Ibrahim Selesai Menghadap YDPA, Barisan Kabinet Dijangka Akan Diumumkan Hari Ini

Sekitar jam 8 pagi tadi, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

ADVERTISEMENT

BACA: Anwar Beri Masa 2 Minggu Kepada Majlis Tindakan Untuk Kaji Subsidi Bersasar

Difahamkan, kehadiran Anwar ke Istana Negara itu adalah untuk mempersembahkan senarai kabinet baru yang akan membentuk kerajaan kepada YDPA.

Selesai menghadap YDPA, Anwar dijangka akan umumkan barisan kabinet hari ini

Memetik laporan Metro, Anwar sudah pun selesai menghadap YDPA selepas kenderaan yang membawa Perdana Menteri Ke-10 itu dilihat keluar daripada pintu utama Istana Negara sekitar jam 9.15 pagi, kira-kira 50 minit selepas menghadap YDPA.

Pembentukan barisan Kabinet dijangka akan diumumkan hari ini bagi membolehkan kesemua Jemaah Menteri Kabinet yang baru untuk mengangkat sumpah sebelum hujung minggu ini.

Anwar juga dijadualkan ke Perak bagi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta pada jam 10 pagi ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas