Connect with us

Oh! Media

UMNO Gesa Muhyiddin, Takiyuddin Lepaskan Jawatan

Oh! Negara

UMNO Gesa Muhyiddin, Takiyuddin Lepaskan Jawatan

Parti Politik, UMNO menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin meletakkan jawatannya.

ADVERTISEMENT

BACA: (VIDEO) Terima Pendapat Pembangkang, Sikap Tenang Khairy Jamaluddin Raih Pujian Netizen

Hal ini berhubung dengan kenyatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dukacita berkaitan pembatalan Ordinan Darurat.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesa ahlinya untuk menarik sokongan ke atas Muhyiddin mengikut keputusan Majlis Tertinggi UMNO.

Taat setia kepada Agong

Ia juga bagi memenuhi sumpah jawatan selaku Ahli Parlimen yang wajib menunjukkan taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Taat setia tersebut seperti memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan pada setiap masa.

Ia seiring dengan matlamat penubuhan UMNO yang sentiasa membela Institusi Raja-Raja Melayu seperti yang termaktub dalam Fasal 3 perlembagaan.

Ingkar Titah Agong

Menurut Kosmo!, UMNO amat kesal dengan tindakan kerajaan yang mengingkari titah Agong selepas membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyurkan oleh baginda.

Agong turut menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang dibuat semasa Sidang Parlimen itu kerana belum diperkenankan berhubung pembatalan itu.

Perkara itu diungkapkan berdasarkan sebuah kenyataan media di laman Facebook milik Istana Negara, hari ini.

Kenyataan Media Istana Raja di laman Facebook

Tambahnya lagi, Tuanku sendiri turut mendedahkan pembatalan Ordinan Darurat itu sebagai keputusan yang tergesa-gesa dan menyebabkan kekeliruan.

Baginda turut menegaskan tindakan tersebut gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang dalam Rukun Negara dan membelakangi kuasa Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Utama Negara.

Zahid Hamidi turut berkata, tindakan itu merupakan satu bentuk penderhakaan kepada baginda dan melanggar prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Anwar Ibrahim turut gesa lepaskan jawatan

Gambar Anwar Ibrahim

Selain UMNO, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menggesa agar Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan susulan kenyataan Istana Negara itu.

Menurut Kosmo!, ahli Parlimen Port Dickson itu berkata bahawa Muhyiddin telah melanggar Perlembagaan serta menghina Institusi Raja Perlembagaan.

Disebabkan hal ini, kita minta dan menuntut Perdana Menteri segera meletakkan jawatannya.

Rata-rata Ahli Parlimen pembangkang menyokong pendapat itu selain turut menyifatkan Perdana Menteri telah derhaka dan perlu meninggalkan jawatannya.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas