
Oh! Politik
Tersebar Video Rakaman Takbir Raya, Rakyat Jangka KJ Akan Umum Kelonggaran Pakai Face Mask Semasa Raya?
Oleh
Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam satu perkongsian di Twitter rasmi miliknya memberikan bayangan beliau akan umumkan sesuatu berkaitan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada minggu hadapan.
Dalam video itu, KJ siap sebut “jeng jeng jeng” lagi membuatkan rakyat Malaysia berasa berdebar dan tertanya-tanya apakah yang akan diumumkan nanti. Rata-rata mengharapkan janganlah halang mereka pulang ke kampung, haha.
Minggu depan saya akan umumkan ‘update’ berkenaan dengan sambutan hari raya, jeng jeng jeng… dan juga beberapa pengumuman lain yang penting. – Katanya.
Booster kedua untuk warga emas berisiko tinggi, booster untuk remaja berisiko tinggi, Paxlovid to treat high risk COVID-19 patients and now you can take a professional COVID-19 RTK test virtually. More updates next week. https://t.co/e8bKedDQ5j pic.twitter.com/6K62NShIHE
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) April 18, 2022
Tersebar pula rakaman Takbir Raya dari KJ tanpa face mask?
Rakaman Takbir Raya KKM… Jeng jeng jeng…. pic.twitter.com/8XUMWIY7qD
— OH! MEDIA (@ohtweet) April 22, 2022
Apapun, hari ini tersebar pula video rakaman Takbir Raya Kementerian Kesihatan Malaysia dan apa yang menarik perhatian adalah apabila semua jemaah tidak memakai pelitup muka tetapi masih mengekalkan jarak.
Rata-rata di komen tertanya-tanya adakah ini tanda-tanda pemakaian face mask akan dilonggarkan ketika sambutan hari raya nanti?
Wahh, tanda-tanda tanpa mask raya…



Pakai aje face mask untuk keselamatan, kita tak tahu ada Covid atau tidak…

Apapun, sama-sama kita nantikan pengumuman penting dari Menteri Kesihatan nanti. Semoga sambutan Hari Raya tahun ini diberkati Allah dan sama-samalah kita patuhi SOP yang ditetapkan.
Kredit: Tiktok
