Connect with us

Oh! Media

Faizal Tahir Pertahan Muhyiddin, Naim Daniel Tuju Soalan ‘Deep’

Cover Photo Om 1200 X 675 59

Oh! Artis

Faizal Tahir Pertahan Muhyiddin, Naim Daniel Tuju Soalan ‘Deep’

Penyanyi dan komposer, Faizal Tahir menerima kecaman hebat di Twitter selepas memuat naik ciapan menegur seorang individu berhubung Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Penyanyi lagu Dirgahayu dalam ciapan tersebut berpesan, jika tiada perkara baik yang hendak diperkatakan, lebih baik tidak berkata apa-apa langsung.

BACA: Perdana Menteri Akan Buat Pengumuman Penting Esok?

IKLAN

Ujarnya, ini bukanlah didikan yang diajar Baginda Nabi Muhammad SAW, dan bukan juga karakter agama Islam.

Faizal Tahir

Ciapan tersebut walau bagaimanapun tidak disambut baik pengguna media sosial yang lain. Di ruangan balas, netizen memberi sebab mengapa mereka menyuarakan ketidakpuasan hati kepada pentadbiran Perdana Menteri itu.

Dakwa mereka lagi, penyanyi ini seolah-olah tidak melihat realiti sebenar rakyat yang terkesan dengan cara kerajaan menangani isu wabak.

Faizal Tahir

Malah, ruangan balas ciapan itu turut menjadi medan perdebatan orang ramai yang tegas dengan pendapat masing-masing. Ada juga yang meluahkan rasa kecewa apabila selebriti terkenal sepertinya mengeluarkan teguran sedemikian.

Faizal Tahir

Sementara itu, penyanyi, Naim Daniel dilihat mengajukan soalan kepada Faizal Tahir sama ada berdiam diri dengan kezaliman sehingga meragut ribuan nyawa merupakan ajaran Rasulullah.

Naim Daniel

Di ciapan lain, Naim berkata jika hendak memberi pendapat, bercakaplah dari sisi rakyat supaya orang ramai dapat belajar mengenai empati. Malah, dia menasihati orang ramai supaya tidak taksub kepada mana-mana ahli politik.

Kredit: Twitter Faizal Tahir | Naim Daniel

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas