Connect with us

Oh! Media

Tanpa Tender, Anwar Minta Kaji Semula Projek Tebatan Banjir RM7 Bilion

Oh! Negara

Tanpa Tender, Anwar Minta Kaji Semula Projek Tebatan Banjir RM7 Bilion

Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim mengumumkan agar kelulusan Projek Tebatan Banjir bernilai RM7 bilion milik kerajaan sebelum ini dikaji semula.

ADVERTISEMENT

BACA: Agong Sibuk Bantu Mangsa Banjir Tapi Anwar Ajak Ahli Parlimen Mohon Perkenan Batal Darurat

Anwar berkata sedemikian selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pegawai kanan Kementerian Kewangan (MOF) dan agensi-agensi di bawah MOF.

Ketelusan projek

Menurut Anwar, projek yang bernilai RM7 bilion itu telah diluluskan tanpa proses tender secara teratur dan hanya melalui rundingan terus.

Saya minta hal tersebut tidak diteruskan dan diteliti semula supaya ada prinsip ketelusan dan juga mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. – Anwar Ibrahim

Anwar juga mengulas bahawa projek itu diperuntukkan bagi menangani dan mengurangkan risiko banjir puing dan banjir lumpur seperti tragedi banjir di Baling, Kedah.

Jumlah ini bukan kecil, (kelulusan diberikan) atas alasan umpamanya membantu menyegerakan untuk langkah tebatan banjir tetapi ada masalah bila peraturan tidak dipatuhi dan ada upaya umpamanya untuk mencari kesempatan dan ini amat dikesalkan. – Anwar

Tambahan, Anwar menzahirkan penghargaan terhadap pegawai kanan MOF yang juga tidak bersetuju dengan kelulusan projek tersebut.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas