Connect with us

Oh! Media

“Saya Paling Dikenali, Teruk Kena Hentam” – Nurul Zahid Jaga ‘External Affairs’ Keluarga

Oh! Negara

“Saya Paling Dikenali, Teruk Kena Hentam” – Nurul Zahid Jaga ‘External Affairs’ Keluarga

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri kerajaan perpaduan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu Nurulhidayah mengaku sebagai anak sulung dia bertanggungjawab menjaga benteng keluarga daripada serangan luar.

ADVERTISEMENT

BACA: “Allahuakhbar, Alhamdulillah, Subhanallah” – Nurul Zahid Syukur Bapa Dilantik TPM

Manakala adik perempuannya yang merupakan anak kedua menjaga hal-hal dalaman iaitu segala keperluan, kesihatan, makanan dan apa sahaja yang berkaitan dengan ‘internal affairs’.

Kata Nurulhidayah, sebagai anak yang menjaga ‘external affairs’ keluarga, dia paling dikenali dan teruk dihentam dalam sesuatu isu. Namun, dia sama sekali tak kisah dan rasa ianya satu tugas yang berbaloi.

Alhamdulillah atas kurniaan rezeki dari Allah buat kami malam ini. Perkhabaran yang paling baik buat kami sekeluarga, diterima sebagai ‘amanah tambahan’ dari Allah untuk memastikan Abah sentiasa sihat dan tenang dalam menjalankan tanggungjawab yang baharu nanti.

Dia dan adiknya menerima ‘amanah tambahan’ daripada Allah SWT selepas bapanya dilantik sebagai TPM kerajaan perpaduan.

Mereka akan memastikan bapa sentiasa sihat dan tenang untuk menjalankan tanggungajawab baharu nanti.

@dnznurul Kempen lagu Bagan Datuk ⚖️💙 #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #bagandatuk ♬ original sound – Nurul Zahid

Oh patutlah dalam lima anak Zahid Hamidi, Nurulhidayah yang paling menonjol dalam politik kan?

Kredit: Instagram Nurulhidayah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas