Connect with us

Oh! Media

Sarawak: Agong Isytihar Darurat Hingga Tahun Depan

sarawak

Oh! Negara

Sarawak: Agong Isytihar Darurat Hingga Tahun Depan

Hari ini 31 Julai 2021, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan Proklamasi Darurat bagi negeri Sarawak. Ia akan bermula pada hari Isnin 2 Ogos 2021 hingga 2 Fabuari 2022 bagi memastikan pilihan raya negeri (PRN) Sarawak dapat ditangguhkan.

ADVERTISEMENT

BACA: Ini Alasan PM Mengapa Tak Dapat Elak PRK Batu Sapi & PRN Sarawak

Proklamasi Darurat Sarawak ini dilihat amat penting bagi mengekang penyebaran wabak Covid-19. Kita tidak mahu perkara yang sama berulang seperti PRN Sabah yang lalu.

Dan bahawasanya Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa dalam keadaan yang tersebut, beta boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat untuk menggantung pilihan raya umum ke Dewan Undangan Negeri untuk menghalang daripada terus merebaknya wabak COVID-19 jika pilihan raya umum diadakan. – Titah Seri Paduka.

sarawak

Warta Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan di Istana Abdulaziz di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang itu turut menyatakan perkara itu akan dibentangkan di Parlimen menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Buat masa ini lebih baik kita tangguhkan dahulu apa sahaya yang melibatkan kepentingan politik. Bersamalah kita memberikan sepenuh tumpuan menamatkan penyebaran wabak pandemik ini. Rakyat sedang tersepit, hilang pekerjaan dan sumber pendapatan. Kita perlu lakukan sesuatu!

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas