Connect with us

Oh! Media

Ini Alasan PM Mengapa Tak Dapat Elak PRK Batu Sapi & PRN Sarawak

Trending

Ini Alasan PM Mengapa Tak Dapat Elak PRK Batu Sapi & PRN Sarawak

Dalam perutusan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, banyak perkara yang telah disampaikan terutamanya tentang pelan tindakan Covid-19 yang akan dilakukan kerajaan.

ADVERTISEMENT

Tapi, apa yang paling menarik perhatian netizen adalah apabila PM menyatakan PRK Batu Sapi dan PRN Sarawak tidak dapat ditangguhkan jika darurat tidak dilakukan. Ini bermakna ia akan tetap diteruskan dengan apa cara sekalipun.

Ini kerana menurut Fasal 1 Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas terdapat kekosongan bagi sesuatu kerusi Parlimen. Fasal 4 Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak juga memperuntukkan pilihanraya negeri hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kecuali jika darurat diisytiharkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Batu Sapi dan Sarawak, bolehlah kita tangguhkan dahulu kedua-dua pilihan raya ini sehingga Covid-19 berakhir. – Jelasnya.

Untuk pengetahuan korang, kawasan Batu Sapi pada waktu ini adalah Zon Merah Covid-19 dan jika PRK diadakan, rakyat memang tak dapat dihalang untuk keluar mengundi kerana itu hak mereka di dalam negara domokrasi.

PM juga menyatakan dia menerima cadangan untuk ketatkan SOP pilihan raya dan tekanan ini ditanggung SPR kerana mereka perlu menggubal SOP yang benar-benar berkesan untuk pastikan tiada jangkitan langsung sewaktu PRN diadakan dan dalam waktu yang sama, peratusan mengundi tinggi.

Jadi apa pandangan korang tentang perkara ini? Adakah ini satu langkah yang bijak?

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas