Connect with us

Oh! Media

“Ruang Perubahan Buat Negara” – Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim

Oh! Negara

“Ruang Perubahan Buat Negara” – Anwar Ibrahim

Sebentar tadi, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa dia telah menyerahkan warkah jawatan sebagai perdana Menteri dan Seluruh Jemaah Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong. 

ADVERTISEMENT

BACA : “Terima Kasih Abah” – Ucapan Muhyiddin Yassin Undang Rasa Sebak Netizen

Menurut laporan Harian Metro, keputusan yang dibuat Muhyiddin Yaasin itu akan membuka ruang ke arah perubahan di negara kita dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya juga, pihaknya telah menyambut baik tindakan yang telah dibuat dan berharap agar semua pihak supaya bertenang dan berdoa supaya kita semua mampu menghadapi segala tentangan berkaitan kesihatan dan juga ekonomi yang melanda.

Saya ucap terima kasih atas khidmat beliau pada negara,” katanya di Facebook

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas