Connect with us

Oh! Media

Rafizi Ramli Dedah Cara PH-BN Kerjasama, Dakwa Pimpinan Abah Tak Jujur Dengan Rakyat

rafizi ramli

Oh! Negara

Rafizi Ramli Dedah Cara PH-BN Kerjasama, Dakwa Pimpinan Abah Tak Jujur Dengan Rakyat

Semalam Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sudahpun bersuara buat pertama kalinya sejak dilantik dan hari ini beliau sekali lagi tampil dalam satu perkongsian video di TikTok untuk menerangkan bagaimana Pakatan Harapan dan Barisan Nasional boleh bersama.

ADVERTISEMENT

BACA: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli Akhirnya Bersuara Selepas Seminggu Senyap Sejak Dilantik

Antara punca utama Kerajaan Perpaduan terbentuk antara PH-BN adalah kerana Perikatan Nasional menolak titah Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan PH-PN.

PN tetap tidak boleh bentuk kerajaan walaupun dapat cukup sokongan?

Lebih unik lagi, keputusan ini (PRU15) menyebabkan PN atau PH pun tidak boleh membentuk kerajaan sendiri tanpa penyertaan Barisan Nasional (BN). Mana-mana gabungan memerlukan penyertaan BN untuk membentuk kerajaan.

Kalau pun PN berjaya mengumpulkan sokongan daripada semua parti lain selain daripada PH atau BN, PN tidak boleh membentuk kerajaan.

Rafizi turut menyifatkan Perikatan Nasional yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak jujur kepada rakyat apabila mengaku mempunyai majoriti dan begitu yakin akan membentuk kerajaan.

Ini dilema yang dihadapi semua gabungan sejurus selepas keputusan PRU15 dimuktamadkan. PN yang mula-mula mengaku mereka ada majoriti dan mendabik dada akan membentuk kerajaan.

Mereka sebenarnya tidak jujur kepada rakyat bahawa majoriti yang mereka ada itu adalah hasil daripada ‘ulang tayang Langkah Sheraton’.

Berikut merupakan penerangan penuh dari Rafizi Ramli:

@rafiziramli #rafiziramli #pakatanharapan #barisannasional #anwaribrahim #perikatannasional #kerajaanperpaduan ♬ An emotional and happy song (long) – bunka

Kredit: TikTok

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas