Connect with us

Oh! Media

Perikatan Nasional Sokong Ismail Sabri PM Ke-9 Dengan Syarat

Perikatan Nasional

Oh! Negara

Perikatan Nasional Sokong Ismail Sabri PM Ke-9 Dengan Syarat

Nampaknya Malaysia semakin hampir menerima Perdana Menteri baharu apabila undian kepada Dato’ Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke-9 adalah yang paling tinggi.

ADVERTISEMENT

BACA: Agong Titah Segerakan Usul Undi Percaya PM Baharu Bila Dilantik

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) meletakkan beberapa syarat sekiranya mendapat pekenan Agong sebagai PM nanti.

Mesti berintegriti dan amanah

Syarat paling utama adalah bagi memastikan anggota kabinet yang bakal dilantik nanti seorang individu yang berintegriti, amanan dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah mahkamah. Ini amat penting bagi memastikan pimpinan Ismail nanti bersih dan dapat menjalankan tugas dengan baik.

Kerajaan PN di bawah pimpinan beliau juga mestilah meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep raja berpelembagaan.

Keputusan ini dibuat demi menjamin kesinambungan dasar-dasar kerajaan PN yang sedang menumpukan perhatian kepada usaha memerangi Covid-19 dan memulihkan negara sehingga tiba masa yang sesuai untuk diadakan pilihan raya umum bagi mengembalikan mandat rakyat. – Kata Muhyiddin.

Tan Sri Muhyiddin turut telah membuat rundingan bersama pemimpin lain daripada PAS, GPS dan PBS. Hasilnya semua 50 Ahli Dewan Rakyat dari parti-parti gabungan PN, iaitu 31 Ahli Dewan Rakyat BERSATU, 18 PAS dan 1 STAR telah menyerahkan akuan bersumpah ke Istana Negara 18 Ogos 2021. Ia menyatakan sokongan kepada Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri. 4 Ahli Dewan Rakyat bebas Pro-PN juga telah berbuat demikian.

Kredit: Malaysiakini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas