Connect with us

Oh! Media

Perdana Menteri Minta Orang Ramai Berhenti Pertikai Kuasa Yang Telah Diberikan Kepadanya

anwar ibrahim

Oh! Negara

Perdana Menteri Minta Orang Ramai Berhenti Pertikai Kuasa Yang Telah Diberikan Kepadanya

Walaupun negara sudahpun mempunyai Perdana Menteri dan barisan menteri Kabinet Perpaduan, masih ada lagi segelintir pihak menyuarakan rasa tidak puas hati.

ADVERTISEMENT

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta orang ramai untuk berhenti mempertikaikan keputusan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Saya rasa sudah sampai ketikanya untuk (semua pihak) terima kenyataan ini dan jangan mempertikaikan kuasa dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong.

Memetik laporan Berita Harian, Anwar Ibrahim melihat keputusan ini adil kerana ia selaras dengan kuasa dalam Perlembagaan Persekutuan ditambah lagi dengan kebijaksanaan Agong.

Berhenti sebarang dakwaan dan spekulasi tidak masuk akal

Walaupun bekas Perdana Menteri, an Sri Muhyiddin Yassin mendakwa mempunyai sokongan 115 Ahli Parlimen, tetapi belum tempoh had ditetapkan pada jam 2 petang keesokannya.

Sembilan Ahli Parlimen UMNO pun menarik (balik sokongan terhadap Muhyiddin), selain GPS (Gabungan Parti Sarawak) telah memberi perakuan untuk menyerahkan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk memutuskannya.

Maka, jumlah itu (sokongan terhadap Muhyiddin) sudah tentunya dipertikaikan dan ia dimaklumkan kepada Majlis Raja-Raja yang kemudian membuat keputusan sebulat suara menetapkan calon Perdana Menteri yang baharu. – Jelas PM, Anwar yang menerangkan kronologi pelantikannya.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas