
Oh! Politik
“Pemotongan Terhadap Akaun Akan Dilakukan” – Bil Pengguna Air Kelantan Tertunggak RM28.5 Juta
Oleh
Pada tahun ini, jumlah tunggakan bil pengguna air di negeri Kelantan (AKSB) telah mencecah hampir RM28.5 juta pada September yang lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd memaklumkan bahawa jumlah tersebut berkurang berbanding RM33.2 juta pada tahun lepas.
Tunggakan air

Azami juga berkata bahawa punca utama tunggakan daripada pengguna domestik yang mempunyai baki bil sebanyak RM18.4 juta.
Bagi pengguna yang melebihi tempoh tiga bulan tertunggak dan melebihi RM1,000, pemotongan terhadap akaun akan dibuat. Selain itu, bagi yang melebihi tiga bulan namun bil kurang dari RM1,000, unit penguatkuasaan jajahan akan membuat lawatan ke premis pengguna yang berkenaan untuk membuat rundingan pembayaran. – Azami
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadok itu turut memaklumkan bahawa pihak mereka akan sentiasa membantu penduduk yang mempunyai masalah air.
Kita menyediakan 30 lori sewa khas yang bersedia untuk mengagihkan bekalan air percuma kepada asnaf di semua kawasan. – Azami
Selain itu, Azami juga memaklumkan bahawa sebanyak RM11.5 juta telah dibelanjakan bagi mengagih air percuma kepada masyarakat sejak April 2020.
Kredit: BuletinTV3
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
