Connect with us

Oh! Media

Baru 2 Hari Di Penjara, Najib Razak Perlu Hadir Ke Mahkamah Untuk Kes 1MDB Esok

Najib Razak

Trending

Baru 2 Hari Di Penjara, Najib Razak Perlu Hadir Ke Mahkamah Untuk Kes 1MDB Esok

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang baru saja menerima hukuman perjara semalam akan hadir ke Mahkamah Tinggi esok untuk perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28bilion. Lagi sekali!

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, pihak mahkamah telah mengeluarkan Perintah Kehadiran (OTP) kepadanya untuk hadir perbicaraan tersebut.

Difaham yang Najib berdepan empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB. Bukan tu jer, terdapat juga 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Mahkamah akan mendengar keterangan Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada prosiding esok.

Kemudian, Najib akan dibawa dari penjara ke mahkamah tinggi bagi perbicaraan kes pindaan terhadap laporan akhir pengauditan 1MDB.  Lepas tu, ia akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas