
Oh! Politik
“Orang Sana Sentiasa Suci Dan Bersih” – Veteran UMNO
Oleh
Baru-baru ini, Veteran UMNO, Shahrir Samad telah mengkritik mengenai pemimpin PAS. Aik, kenapa pula tu?
Shahrir menganggap bahawa parti itu sering dianggap ‘suci’ meskipun salah seorang pengikut parti itu sedang bercuti ketika rakyat berdepan musibah.
Bersih dan suci katanya

Selain itu, Shahrir mengungkit semula situasi pemimpin PAS yang menolak PRU diadakan ketika musim banjir, namun boleh pula bercuti ketika negara dilanda banjir.
Orang sana (PAS) sentiasa suci dan bersih. Geng mereka pun begitu mengambil berat tentang banjir sampai tak mahu PRU. Tapi boleh pula cuti semasa banjir.
Sebelum ini ada berita yang mendedahkan mengenai Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri sedang bercuti di New Zealand meskipun negeri di bawa pentadbirannya dilanda banjir.
Kredit: MalaysiaKini
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media
