Connect with us

Oh! Media

MB Selangor Umum ‘Bonus’ Dua Bulan Setengah Buat Semua Penjawat Awam Negeri Selangor

Amirudinshari

Oh! Negara

MB Selangor Umum ‘Bonus’ Dua Bulan Setengah Buat Semua Penjawat Awam Negeri Selangor

Berita baik buat semua penjawat awam di negeri Selangor selepas Kerajaan Negeri mengumumkan bakal memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan setengah kepada mereka yang berkelayakan serta berkhidmat di pentadbiran kerajaan negeri itu pada tahun 2022.

BACA: Ini 8 Perkara Yang Berlaku Kali Pertama Dalam Sejarah PRU 

Memetik laporan daripada Harian Metro, BKK yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Amirudin Shari itu juga akan diberikan kepada penjawat awam yang menerima bayaran gaji daripada Kerajaan Persekutuan.

IKLAN

Amirudin juga memaklumkan bahawa bantuan khas tersebut adalah sebagai tanda penghargaan oleh Kerajaan Negeri terhadap khidmat cemerlang serta komitmen penjawat awam dalam memastikan perkhidmatan kerajaan negeri kekal efisien dan berkesan.

Sg08 09112022 mb

BKK kali pertama iaitu satu bulan gaji atau minimum RM1,000 sudah dilaksanakan menerusi Insentif Khas Rahmah Ramadan 2022 sempena Hari Raya Aidilfitri 1443H/ 2022.

BKK kali kedua pula akan dibayar pada 29 Disember depan iaitu sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000 dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM37.63 juta.

Seterusnya, BKK kali ketiga iaitu insentif sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan dibayar pada Februari 2023 bagi meringankan beban penjawat menampung persiapan persekolahan sesi 2023/2024 yang akan bermula pada pertengahan bulan Mac.

Tambah Amirudin lagi, pemberian BKK ini bakal dilaksanakan mengikut terma dan syarat anggota yang berkelayakan dalam garis panduan pemberian Bantuan Khas Kewangan yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM).

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas