Connect with us

Oh! Media

Mahkamah Tinggi Perintah Zahid Hamidi Bela Diri

zahid hamidi

Oh! Negara

Mahkamah Tinggi Perintah Zahid Hamidi Bela Diri

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diperintahkan untuk membela diri terhadap 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi oleh Mahkamah Tinggi.

ADVERTISEMENT

BACA: Hujahan Kes Zahid Hamidi Ditangguh, Peguam Diserang Gout Ketika Prosiding?

Menerusi laporan Berita Harian, keputusan tersebut dilakukan oleh Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah selepas pihak pendakwaan berhasil menimbulkan kes prima facie untuk semua tuduhan terhadap Ahmad Zahid yang merupakan pengasas Yayasan Akalbudi.

Penilaian maksimum telah dibuat

zahid hamidi

Sequerah dalam penghakimannya menyatakan, mahkamah telah membuat penilaian maksimum terhadap bukti yang dikemukakan dalam pendakwaan.

Menurut laporan, 12 pertuduhan pecah amanah telah dikenakan ke atas Ahmad Zahid. Beliau telah didakwa menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk buat enam pembayaran kad kredit milik persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen motor persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain tuduhan pecah amanah, beliau juga dikenakan lapan tuduhan rasuah dan juga 27 tuduhan pengubahan wang haram dengan membabitkan diri dalam transaksi secara langsung daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.

Jika semua tuduhan ini adalah benar, diharapkan pihak mahkamah dapat memberikan hukuman yang sepatutnya terhadap Zahid Hamidi. Kita nantikan je keputusan seterusnya ya!

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas