Connect with us

Oh! Media

“Lihat Zahid Hamidi Sebagai Penjawat Awam Terima Rasuah”- Pendakwa Raya

zahid hamidi

Oh! Negara

“Lihat Zahid Hamidi Sebagai Penjawat Awam Terima Rasuah”- Pendakwa Raya

Mahkamah Tinggi digesa supaya tidak melihat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai ahli politik dalam kes menerima rasuah daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn. Bhd.

ADVERTISEMENT

BACA: Zahid Hamidi Pertikai 18 Pemimpin UMNO ‘Diheret’ Ke Mahkamah Lepas BN Kalah

Perkara itu ditegaskan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran yang berpendapat Zahid Hamidi perlu dilihat sebagai seorang penjawat awam iaitu menteri di Kementerian Dalam Negeri ketika itu.

Gaji dibayar untuk berkhidmat kepada rakyat bukan minta sumbangan untuk diri sendiri

Peguam mencadangkan tidak mengapa bagi seorang penjawat awam menerima sumbangan selagi dikatakan sebagai sumbangan politik. Sumbangan politik tidak menyalahi undang-undang.

Tetapi lihat beliau sebagai penjawat awam. Beliau mungkin ahli politik, tetapi ketika itu beliau adalah seorang menteri. Gajinya dibayar oleh kerajaan.

Beliau dibayar gaji untuk berkhidmat kepada rakyat, bukannya meminta sumbangan tunai setiap bulan.

Oleh demikian, dalam hujahan akhir pihak pendakwaan, Raja Rozela menegaskan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu meminta tunai daripada UKSB dalam bentuk matawang Dolar Singapura.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas