Connect with us

Oh! Media

KPDNHEP Anggap Kenyataan “Kurangkan Makan Telur” Hanya Pandangan Peribadi Norena

telur

Oh! Negara

KPDNHEP Anggap Kenyataan “Kurangkan Makan Telur” Hanya Pandangan Peribadi Norena

Sejak 1 Julai 2022, rakyat sudah semakin terasa dengan kenaikan harga barang. Sudahlah harga barang naik, boleh pula keluar kenyataan dari Pengarah KPDNHEP Melaka yang membuatkan rakyat makin bengang.

ADVERTISEMENT

BACA: “Dah Tahu Harga Telur Ayam Tinggi, Kita Kurangkan Makan Telur”- Pengarah KPDNHEP Melaka

Malas nak ulang ayat tu, korang boleh baca sendiri kenyataan Pengarah KPDNHEP Melaka dekat link atas tu. Ohmedia dah ulas tentang tu.

Cara penyampaian tak kena

Apapun, hari ini Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Azman Mohd. Yusof tampil menyatakan apa yang disarankan Norena mungkin hanya pandangan peribadi. Bagaimanapun, cara penyampaiannya itu salah dan tidak boleh diterima orang lain.

Kerajaan telah masuk campur dengan memperkenalkan subsidi pada telur. Jika tidak harganya lebih tinggi lagi. Dalam hal ini terpulang kepada pengguna untuk memilih telur mana yang mahu dibeli kerana terdapat banyak gred iaitu AA, A, B, C, D dan E.

Azman juga ingin menyatakan bahawa pihak KPDNHEP dan kerajaan sedang berusaha sebaik mungkin untuk memastikan harga barang terkawal.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas