Connect with us

Oh! Media

“Kerajaan Masih Dapat Sokongan Lebih 110 Ahli Parlimen” – TPM

Oh! Negara

“Kerajaan Masih Dapat Sokongan Lebih 110 Ahli Parlimen” – TPM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media hari ini berharap rakyat dapat bertenang dalam menghadapi situasi terkini dan memohon doa agar kemelut politik ini dapat berakhir dengan segera. Beliau dalam kenyataan itu turut menegaskan Kerajaan masih mendapat sokongan melebihi 110 ahli-ahli Parlimen.

ADVERTISEMENT

BACA: UMNO Gesa Muhyiddin, Takiyuddin Lepaskan Jawatan

Jelasnya lagi, situasi politik yang tidak stabil pada hari ini boleh menjejaskan usaha menyelesaikan masalah ekonomi negara serta pandemik Covid-19. Beliau turut menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan kenyataan media yang dikeluarkan Istana Negara hari ini.

ismail sabri

Dalam kenyataan itu, Baginda menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada 26 Julai 2021 bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimashurkan Baginda sepanjang tempoh darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenankan.

Baginda turut menegaskan kenyataan Yang Berhormat Menteri (Takiyuddin) di Parlimen pada 26 Julai 2021 adalah tidak tepat dan mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

Dalam kenyataan itu, Baginda menegaskan ahli Parlimen supaya memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat dan negara dalam sidang Parlimen yang sedang berlangsung. Hal ini untuk memastikan masalah yang dihadapi ketika krisis pandemik Covid-19 hari ini dapat diselesaikan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas