Connect with us

Oh! Media

Keputusan Muktamad! Tengku Adnan Bersalah Kes Rasuah RM2 Juta

Oh! Negara

Keputusan Muktamad! Tengku Adnan Bersalah Kes Rasuah RM2 Juta

Sebentar tadi, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan Tengku Adnan bersalah dalam kes melibatkan rasuah bernilai RM2 juta.

ADVERTISEMENT

Tengku Adnan atau lebih dikenali dengan gelaran Ku Nan adalah bekas menteri wilayah persekutuan dan telah menerima rasuah sebanyak RM2 juta sewaktu memegang jawatan terbabit.

Wang itu diterima dari seorang ahli perniagaan bernama Tan Sri Chai Kin Kong yang merupakan Pengarah AKSB dan bayaran menggunakan cek Hong Leong Islamic Bank milik syarikat tersebut.

Kemudian ia didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd yang beliau mempunyai kepentingan dan diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas