Connect with us

Oh! Media

PM Anwar Ibrahim – “Kalau Nak Keluar RM5K KWSP, Pencen 4 Tahun Lagi, Apa Nak Jadi?”

kwsp

Oh! Negara

PM Anwar Ibrahim – “Kalau Nak Keluar RM5K KWSP, Pencen 4 Tahun Lagi, Apa Nak Jadi?”

Isu pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kembali menjadi hangat selepas rata-rata penyimpan masih tersepit dengan masalah kenaikan harga barang. Ini apa kata PM Anwar Ibrahim.

ADVERTISEMENT

Sedar tentang perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pihaknya sedang mencari jalan yang lebih sesuai bagi mengurangkan beban rakyat kerana tidak mahu lagi bergandung pada pengeluaran KWSP.

Anwar Ibrahim risau penyimpan kurang RM10,000 dalam akaun nak jadi apa?

KWSP kita telah jelaskan dulu. Kita minta dikeluarkan banyak. Jadi yang tinggal RM10,000 atau RM5,000 yang nak keluarkan itu kena fikir apa pilihan kita.

Kalau nak keluar RM5,000 (contohnya) pencen empat tahun lagi apa nak jadi? Jadi saya ingat liputan itu mesti adil supaya kita tahu bahawa kalau ikut wang dia, biar dia keluarlah. Tapi kalau wang dia RM5,000 dia keluar RM3,000, pencen lima tahun lagi, anak beranak lagi macam mana? Itu kena fikir.

Kita sebagai rakyat ketika hanya mampu menantikan kaedah yang terbaik dari kerajaan nanti. Belanjawan 2023 juga akan dibentangkan semula pada 24 Februari nanti.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas